RAKYAT BERSYUKUR TERIMA KURNIAAN DARIPADA SULTAN JOHOR
Seramai 321 keluarga daripada Mukim Bandar 1 dan Bandar 2 daerah Muar menerima kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor yang disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim (YSIJ) pada hari ini (18 Mac).
Kurniaan daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada Penghulu Mukim Bandar Muar 2, Khalim Abdullah.
Khalim berkata, Baginda Tuanku Sultan amat menitikberatkan kebajikan rakyat dan sentiasa memahami kesusahan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
"Mewakili penerima-penerima bantuan saya menjunjung kasih di atas kurniaan bantuan daripada Baginda Tuanku Sultan," katanya.
Penerima bantuan, R. Amutha, 37, terharu dan bersyukur dengan kurniaan yang diterimanya.
“Pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, bantuan ini sememangnya membantu keluarga saya pada bulan ini” katanya kepada Royal Press Office (RPO).